Wednesday, July 25, 2012
Monday, July 23, 2012
Secebis kisah orang berilmu
Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!
Saya masih ingat analoginya, “lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”
Friday, April 27, 2012
Istikharah Itupun Perlu Mujahadah

Benarlah, rumah tangga ummah ini
sedang tergugah. Ertinya, kubu kita yang terakhir sudah ditembusi.
Apabila dilaporkan setiap 15 minit berlaku satu perceraian, kita menjadi
benar-benar bimbang. Betapa banyak ‘masjid’ yang roboh dalam masa
sehari jika setiap 15 minit berlaku satu perceraian?
Akan tercapaikah perintah Allah agar
“selamatkan dirimu dan keluargamu daripada api neraka?”. Akan adakah
lelaki yang terbaik sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah,
maksudnya”dia yang terbaik ialah yang terbaik dengan keluarganya?” Ramai
isteri mahupun suami menghubungi saya, meminta pandangan, saranan dan
nasihat… Terus-terang saya katakan saya juga tidak berdaya. Sumbangan
saya hanya tulisan dan buku. carilah di situ, Itulah sumbangan kecil
saya. Mudah-mudahan, adalah sedikit panduan. Kali ini saya paparkan satu
tulisan sebagai peringatan buat diri dan semua pengunjung :
ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH..
Mengapa sukar benar hidup bersamanya?
Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya
harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah.
Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham
petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya
sungguh menyesal.
Begitulah antara suara rintihan dan
kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami
setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila ‘warna
sebenar’ pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga
berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang ‘reverse’ ke belakang,
dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada
awal perkahwinan.
Ini bukan muhasabah yang sehat.
Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat.
Wednesday, April 25, 2012
Sehening Pawana
Allahuakbar. . Allahuakbar. .
Tersentak lamunan sepi
Ternoda irama mimpi
Terhijab asmara
cinta maya
Tersentuh citra hati sanubari
Ya Allah...
Tika takbir bergema
Tika saat menjelma
Tika jasad berkuasa
Tika alam berbicara
Aku sujud patuh kepada-Mu
Subuh ini...
Sang pencinta kembali
Diiringi alunan bayu semalam
Berirama merdu menyongsong fajar
Di tepian tasik air biru
Terkilas kata terungkai makna
Ketenangan itu dinodai cahaya
Merenggut lena yang panjang
Bingkas menyusun langkah berseni
Terbitnya tidak sesempurna semalam
Kemegahannya disanggah
Titik istimewa di permukaan nyata
Kejora menerpa tanpa tanda
Terus mencabar teguh cahaya
Biarlah langkah berseni sang kejora
Menjejak kilauan megahnya mega
Merentasi kehebatan cahaya suria
Seiiring masa, tika dan saatnya
Terpegun sang pencinta...
Transit kejora berirama cinta
Ketetapan indah Yang Maha Esa
Membisik irama alunan seloka
Terpana jiwa...
Allahuakbar... Allahuakbar...
Alam tetap bercahaya
Terus disirami suria
Terus disirami suria
Sehening pawana...
Thursday, February 2, 2012
Apabila umur makin meningkat...

Cara Menjaga Sendi
* Beri perhatian kepada gejala yang dialami. Jika sendi sakit, bengkak dan terasa panas berlarutan melebihi dua minggu, segera berjumpa doktor. Gejala ini boleh muncul secara perlahan-lahan atau mendadak.
* Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
* Elak tekanan berlebihan yang mungkin menyebabkan keradangan.
* Susun tempat kerja anda untuk mengurangkan usaha mengangkat, mencapai, mengangkut, memegang atau berjalan bagi menjimatkan tenaga (khususnya bagi pesakit artritis).
* Elak pergerakan berulang untuk tempoh panjang. Ubah aktiviti anda atau berehat selepas melakukan kerja setiap 20 hingga 30 minit.
* Lindungi sendi anda daripada sakit, tekanan dan keradangan dengan menggunakan splin atau alat perlindungan.
* Kurangkan perjalanan jauh kerana ia memerlukan banyak tenaga.
* Bersenam. Senaman membantu mengurangkan kesakitan dan menambah jarak pergerakan sendi. Ia juga boleh mengatasi kelebihan dan menjadikan anda lebih segar serta bertenaga. Jika menghidap artitis, belajar kaedah senaman yang bersesuaian dengan keadaan anda.
* Lakukan aktiviti menggembirakan. Kajian menunjukkan ketawa dan kegembiraan boleh merehatkan sendi, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kekuatan sistem imun badan.
kredit untuk:sihatselalu
Subscribe to:
Posts (Atom)