Tuesday, November 16, 2010

Senja berlabuh...



Senja berlabuh
Nun jauh di ufuk barat
membawa imbauan hari
menyongsong tabir siang
indah...

Senja berlabuh
keluhan rasa jiwa gelora
saat hilang tangkas tiada
berlalu... unggun siang
menanti... dingin malam

Senja berlabuh
mematrikan sejuta kenangan
menyusur sudut-sudut keimanan
menjengah kegagahan insan
bertafakkur... syukur kepada-Nya

*tinMilo - Selasa 16 November 2010, 1045hrs.

Tuesday, November 9, 2010

Sabar Mencerminkan Keimanan



Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari

Huraian :
Pengajaran hadis:

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

*sumber http://dakwah2u.blogspot.com/2008/11/hadis-sabar-mencerminkan-keimanan.html

Sunday, October 10, 2010

Apa ada dengan tarikh ?



10.10.10 ke? tapi ade lagi cantik, 20.10.2010.
Pandangan masing2 dan keinginan masing2 untuk mematrikan tarikh tu dengan ape2 yang agak2nye special, macam tarikh nak nikah ke.. tarikh nak jalan2 ke... tarikh nak makan KFC ke... tarikh nak balik kampung ke... atau apa2 program yang sewaktu dengannya.

Aku ??? masih macam biasa je... Life Must Go On...

Thursday, October 7, 2010

SAYAP SAYAP PATAH - Kahlil Gibran

Wahai Langit...
Tanyakan pada-Nya
Mengapa dia menciptakan sekeping hati ini..
Begitu rapuh dan mudah terluka..
Saat dihadapkan dengan duri-duri cinta
Begitu kuat dan kukuh
Saat berselimut cinta dan asa..
Mengapa dia menciptakan rasa sayang dan rindu
Di dalam hati ini..
Mengisi kekosongan di dalamnya
Menyisakan kegelisahan akan sosok sang kekasih
Menimbulkan segudang tanya
Menghimpun berjuta asa
Memberikan semangat..
juga meninggalkan kepedihan yang tak terkira

Mengapa dia menciptakan kegelisahan dalam relung jiwa
Menghimpit bayangan
Menyesakkan dada..
Tak berdaya melawan gejolak yang menerpa…

Wahai ilalang…
Pernah kan kau merasakan rasa yang begitu menyiksa ini
Mengapa kau hanya diam
Katakan padaku
Sebuah kata yang bisa meredam gejolak hati ini..
Sesuatu yang dibutuhkan raga ini..
Sebagai pengubat tuk rasa sakit yang tak terkendali
Desiran angin membuat berisik dirimu
Seolah ada sesuatu yang kau ucapkan padaku
Aku tak tahu apa maksudmu
Hanya menduga..
Bisikanmu mengatakan ada seseorang di balik bukit sana
Menunggumu dengan setia..
Menghargai apa arti cinta…
Hati yang terjatuh dan terluka
Merobek malam menoreh seribu duka

Kukepakkan sayap-sayap patahku
Mengikuti hembusan angin yang berlalu
Menancapkan rindu….
Di sudut hati yang beku…
Dia retak, hancur bagai serpihan cermin
Berserakan ….
Sebelum hilang di terpa angin…
Sambil terduduk lemah….

Ku cuba kembali mengais sisa hati
Bercampur baur dengan debu
Ingin ku rengkuh…
Ku gapai kepingan di sudut hati…
Hanya bayangan yang ku dapat….
Ia menghilang saat mentari turun dari peraduannya
Tak sanggup ku kepakkan kembali sayap ini
Ia telah patah..
Tertusuk duri-duri yang tajam….
Hanya bisa meratap….
Meringis..
Mencuba menggapai sebuah pegangan..

--------------
(Naskah suntingan beberapa perkataan dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu - yang lain dikekalkan)

*credit to Prof Hassan Hayastani for this article.

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri 1431H



Mentari pagi terang cahaya,
Angin pagi bertiup perlahan,
Aidilfitri hari yang mulia,
Marilah kita kuatkan iman.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Wednesday, August 18, 2010

On The Way

On The Way - ringkasan SMS disebut OTW. Common word when someone especially your boss, asking 'where are you?', you'll answer that. Right? Smile.... you're on TV!

Selepas lebih 10 tahun menyaksikan laluan ke tempat kerja yang tidak banyak berubah. Seolah-olah laluan atau jalan raya tersebut adalah jalan raya dalam ujikaji. Macam makmallah agaknya bagi pihak yang bertanggungjawab.

Takkan ayat 'baru 1 orang mati eksiden kat situ..' digunakan. Jika itu benar, bermakna 1 nyawa itu adalah bahan ujikaji? Atau 'ahh.. sudah 10 orang eksiden kat jalan tu. Tentu jalan tu bahaya. Perlu diubahsuai..' turut digunakan? Baik. Orang ke 10 nyawanya lebih berharga daripada 9 orang lagi. Sekali lagi orang pertama tiada nilai. Ye lah. Takkan sorang mati terus nak modify jalan. Kos tinggi. Betul. Setuju. Tetapi soalan saya, adakah ketika jalan itu direkabentuk, kajian menyeluruh telah dijalankan? Adakah ia telah menggunakan spesifikasi terbaik dalam rekabentuk jalan? Sekurang-kurangnya telah menggunakan justifikasi yang terbaik dan termampu ketika itu, saya tidak akan mempersoalkan lagi.

Tetapi melihatkan sepesifikasi jalan tersebut dibandingkan dengan jalan lain yang dibina pada tarikh yang hampir sama, saya tidak fikir langkah terbaik telah dilakukan. Saya masih fikir ia adalah ujikaji, atau lebih keras - 'melepas batuk di tangga'.

Ya Allah - berilah hidayahMu kepada kami semua.

oleh: Ahmad Taufan b Abdul Rashid

Thursday, May 27, 2010

Cuti-cuti Malaysia


Kadang-kadang best jugak jalan-jalan ke Cameron Highland, walaupun destinasi ni aku sekeluarga selalu pergi, namun bila kenangkan untuk menghayati keindahan alam ciptaan Allah, memang tak pernah jemu untuk ke Cameron Highland.

Biasanya pergi balik hari. Kadang-kadang je bermalam kat sana, paling best kalau musim hujan, baru terasa kesejukan cuaca Cameron Highland. Dan tempat ni adalah antara tempat wajib aku sekeluarga singgah. Sambil pekena teh lemon dan teh strawberry, sempat jugak aku tangkap 2 3 keping gambar untuk koleksi.

Sesiapa yang takde idea untuk menghabiskan masa sekeluarga, aku amat mencadangkan untuk korang pergi jalan-jalan ke Cameron Highland. Banyak tempat yang boleh singgah. Terutama kepada penggemar kamera, sinilah tempat untuk mengaplikasikan segala ilmu yang ada.

Salam cuti-cuti Malaysia.

Wednesday, February 10, 2010

Valentine's Day ???

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.