Monday, October 31, 2011

Kisah Alesha


Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.

Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya.

Monday, October 24, 2011

Ku utus kerinduan untukmu ibu...




Ibu..
Di kedinginan malam sunyi
Terkenang daku akan pemergianmu
Dibuai sejuta kenangan manis
Disiram segar... subur kasih penuh rindu
Mengiringi pemergianmu..

Ibu..
Sejuta keampunan ku pinta darimu
Buat penghapus dosa insan kerdil ini
Buat menebus kekurangan melayani hayatmu
Buat melunas hutang jiwa
Seorang anak terhadap ibu..

Ohh ibu..
Kutinggalkan jasadmu di kuburan ini
Namun, izinkan aku bawa pulang kasih sayangmu
Izinkan ku bawa bersama semangat dan doamu
Izinkan aku pulang berbekal
Keampunan dan redhamu ibu..

Doakanlah aku ibu
Agar bersemangat menyambung amal ibadahmu
Berbekal akal, ilmu dan iman
Yang engkau ajarkan dulu

Ya Tuhan..
Aku titip jasad ibu untuk Engkau rahmati
Ku pinjam jiwa kental dan kasih sayang ibu
Buat bekal hidup yang berbaki
Ku rayu keampunan-Mu
Atas segala dosanya Ya Rabb..

Hidayahkan aku apa saja
Demi menebus dosa bonda
Biar nyawa, harta dan jiwa ini
Jadi galang gantinya

Jangan kau siksa dia wahai Tuhan
Aku pohon, aku rayu pada-Mu
Setulus jiwa
Rahmatilah, kasihanilah dia..
Sepertimana ia mengasihi aku sejak kecil

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku berpegang pada janji-Mu
Janji Rasul-Mu
Izinkan aku menyambung amal ibu
Izinkan aku memenuhi tawaran janji-Mu
Demi ibu ku..
Demi ibu ku..
Demi ibu ku..

Alfatihah buatmu ibu...

*credit to pencipta sajak ini. Tqvm.

Tuesday, October 18, 2011

Mana Mak.. ??


Mana Mak?'

Jam 6.30 petang....

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian...

Thursday, October 6, 2011

Deruan Itu Kembali Lagi...



Tika dan saat itu
Pernah menjengah ke segenap pelosok jiwa
Berantakan seloka pincang irama
Menyesak, merenggut, mencalar, meronta
Sunyi, damai beralih derita..

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Ramadhan datang dan pergi. Apakah kembara hidup kita terus dinaungi oleh teduh keberkatannya? Tahun demi tahun, apakah kita semakin menghampiri takwa yang menjadi tujuannya? Atau ia terus memecut, berlalu… meninggalkan kita yang masih bertatih mengejar kemuliaannya. Manalah tahu nyawa terhenti dan Ramadhan terus tidak sempat kita cecah walau secebis rahmat, keberkatan, maghfirah, apatah lagi Jannah yang menjadi tagihannya.

“Apa perubahan yang kita nak buat tahun ni?” tanya isteri.

Saya termenung, banyak… tapi mampu kah.

“Kita teruskan berbuka bersama di masjid. Kemudian menunggu Isyak, baca Quran dan solat Terawih.”

“Perubahan yang sama sahaja,” kata isteri seakan merungut.
“Itu pun payah kita buat kan?” tingkah saya.

Teringat betapa ada ‘protes-protes’ yang terpaksa saya hadapi sewaktu melaksanakan program perubahan itu dua tahun lalu. Semua pihak terasa kehilangan rutin atau kebiasaan masing-masing dengan pelaksanaan program itu. Along, tak mahu berterusan di mesjid (dari sebelum maghrib hingga selepas terawih) kerana kehilangan rutinnya, nak ‘relaks-relaks’ selepas solat maghrib....

Wednesday, July 13, 2011

Muhasabah Diri - Jadilah Orang Yang Bersyukur



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.



Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.


Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.


Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.


Fikir, renung, timbang dan muhasabah lah diri.


Artikel adalah sumbangan dari : Mohd faizal zakaria (uknows_1503@yahoo.com.my)

Wednesday, May 18, 2011

Tradisi Melayu..

TINGKAH TINTA LAKSANA NAKHODA
TANGKAS PENDETA MENYUSUN KATA
KILAUAN MUTIARA BERSINAR BERCAHAYA
MENYANJUNG BANGSA, MENJUNJUNG AGAMA

WAJAH CERIA SENYUMAN MANIS
MENGUSIK JIWA MENAMBAT HATI
MEMPERSEMBAH BICARA BIODATA PENULIS
SHAYKH DR MUHAMMAD AFIFI AL-AKITI

PENGENALAN RINGKAS TOKOH ILMUAN
MERUNGKAI KEMUSYKILAN KARYA DISEMBAH
"ADAKAH SAMPAI AMALAN...
ORANG HIDUP KEPADA ARWAH?"

KECIL MOLEK BERWAJAH INDAH
DI SATU NOKTAH AKHIRNYA BERTEMU
PELBAGAI PANDANGAN BERLAINAN HUJAH
MENYOROT KARYA WADAH BERILMU

*Pantun ini dipersembahkan kepada DYMM Sultan Perak serta para hadirin pada Majlis Pelancaran buku "Adakah Sampai Amalan Orang Hidup Kepada Arwah?" bersempena Muzakarah Ulama' Dan Cendekiawan Islam Tahun 2011 di Dewan Bankuet, Bangunan SUK Perak Darul Ridzuan.

Monday, March 28, 2011

Google: Di Belakang Tabir Tempat Bekerja Terbaik Dunia

Google, yang dinobatkan sebagai tempat bekerja yang paling selesa & terbaik ini terbukti menjaga kebajikan pekerjanya ke tahap paling optimum.
Semua ini di’lakukan demi memastikan kualiti kerja & produk Google sentiasa yang terbaik..
Kapsul Penghilang Tekanan Stress yang kedap bunyi & cahaya
Perjalanan dari tingkat ke tingkat bawah lebih cepat & menyeronokkan. Ada juga yang berbentuk terus seperti di Balai Bomba.
Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan & minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari.
Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 keping LCD besar untuk mereka bekerja. Mereka boleh minta lebih jika mereka mahu.
Papan putih whiteboard ada hampir dimana-mana. Idea & inovasi timbul tidak mengira tempat, kata salah seorang pegawai pengurusan Google.
Meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada dipelbagai kawasan. Senang untuk pekerja berhibur.
Privasi — Google menyediakan ‘gondola khas’ untuk setiap pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi.
Ruang minuman untuk pekerja berehat sementara komputer atau kerusi mereka yang rosak di’perbaiki. Kool eh?
Tukang urut professional tersedia jika sesiapa memerlukan. Bersama ruang urutan yang eksklusif.
Ruang rehat dengan kerusi urut sambil pekerja menikmati pemandangan akuarium yang mendamaikan. Fuh!
Bilik bacaan yang sangat kondusif untuk pembacaan. Ratusan buku tersedia termasuklah yang berkaitan pengaturcaraan.


Credit to: Alkurawi.blogspot.com

Thursday, March 24, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami. Renungkan...!!

GEMPA bumi Tohoku berukuran magnitud 9.0 berlaku pada 11 Mac 2011, jam 2.46 petang waktu tempatan yang berpusat di perairan timur laut kepulauan Jepun adalah suatu gempa mega luar dugaan, walaupun bagi masyarakat Jepun. Bukan kerana mereka tidak menduga, tetapi gempa bumi ini adalah yang terbesar pernah dialami Jepun sejak manusia mempunyai peralatan moden mengukur kekuatan gempa. Ia juga adalah gempa bumi keempat terbesar di dunia sejak 1900.

Gempa bumi tercetus apabila kepingan Lautan Pasifik yang bergerak dengan kadar 83mm/tahun menusuk masuk ke bawah kepulauan Jepun sepanjang jalur pertemuan dua kepingan, iaitu zon subduksi. Pergerakan berterusan dan halangan oleh kepingan Eurasia menyebabkan patahan atau sesaran berlaku, membebaskan tenaga gempa (seismos) yang sangat besar.

Patahan pada kepingan lautan yang menghasilkan gempa bumi ditafsirkan sepanjang lebih 500km dengan anjakan ke atas antara dua hingga tiga meter. Pergerakan serta-merta kepingan lautan mengangkat badan air sehingga menghasilkan tsunami bersifat global. Oleh kerana, kedudukan punca gempa (epipusat) hanya sekitar 130km dari pantai, tsunami bergerak dan melanda pesisir Jepun kurang 30 minit selepas kejadian gempa bumi.

Wednesday, March 16, 2011

Solat dan 5 jenis manusia.


SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.....